SHAH ALAM, (Bernama) - Harapan pasukan Pilihan Selangor untuk merampas kembali Piala Sultan Selangor tidak kesampaian apabila kalah tipis 0-1 kepada Pilihan Singapura di Stadium Shah Alam di sini malam ini.
Selangor di bawah jurulatih P. Maniam terpaksa berputih mata apabila pemain pertahanan Mohamed Asraruddin Putra Omar menanduk masuk gol sendiri pada minit ke-66, hasil hantaran pemain gantian Singapura Shahdan Sulaiman dari sebelah kiri pintu gol.
Singapura, yang menang 3-0 pada 2009 dan 6-0 tahun lepas, memulakan perlawanan secara agresif dengan melancarkan serangan ke kubu skuad 'Red Giants'.
Bagaimanapun, Selangor berjaya mengimbangi gerakan pantas skuad 'The Lions" menerusi serangan balas yang diketuai oleh penyerang negara, Safee Sali.
Selepas masa rehat, Selangor terus melancarkan serangan menerusi gandingan Safee dan Jesper Blomqvist namun kekebalan benteng Singapura yang diketuai oleh Daniel Bennett mengagalkan usaha Selangor untuk mencari gol pendahuluan.
Skuad 'The Lions' terpaksa menukar penjaga golnya, Lionel Lewis dan digantikan dengan Mohamad Izwan Mahbud pada minit ke-60 selepas beliau mengalami kecederaan akibat pertembungan dengan Safee.
Mereka kemudian membuat pertukaran kedua dengan mengeluarkan kapten pasukan, Mohammad Shahril Ishak dan memasukkan Shahdan yang berjaya melakukan hantaran ke pintu gol Selangor sehingga membuahkan hasil kepada pasukan pelawat itu.
Tersentak dengan gol tersebut, Selangor membuat dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan Safee dan Jason McAteer serta memasukkan Muhamad Nazri Ahmad dan Mohd Fitri Shazwan Raduan pada minit ke-70 bagi menguatkan jentera serangan.
Selangor hampir menyamakan kedudukan menerusi Mohd Amri Yahyah pada minit ke-81 namun jaringannya dibatalkan oleh pengadil Vietnam Thong Dinc Tuch kerana menggunakan tangan.
Terdahulu itu, pasukan Veteran Selangor yang diketuai oleh Datuk Soh Chin Aun mengalahkan Veteran Singapura 3-1.
Edisi tahun lepas, skuad veteran Selangor menewaskan veteran Singapura, 1-0 hasil jaringan Shahrin Majid